Sepanyol umum hantar kapal perang lindungi flotila

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez mengumumkan akan menghantar sebuah kapal perang tentera laut dari Cartagena bagi melindungi flotilla bantuan antarabangsa yang menuju ke Gaza.

Beliau berkata, langkah itu dibuat sebagai tindak balas terhadap insiden serangan ke atas Global Sumud Flotilla yang terdiri daripada kira-kira 50 kapal awam membawa aktivis dan peguam dari 45 negara termasuk aktivis iklim Sweden Greta Thunberg.

“Esok kami akan menghantar kapal tentera laut dengan semua sumber yang diperlukan untuk membantu flotilla dan melaksanakan operasi menyelamat,” katanya dalam sidang media di New York semasa menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau menegaskan, Sepanyol turut menuntut agar undang-undang antarabangsa dihormati dan keselamatan rakyatnya dijamin semasa belayar di Laut Mediterranean.

Serangan ke atas flotilla berlaku kira-kira 30 batu nautika dari pulau Gavdos, Greece melibatkan 12 dron yang dipercayai menyerang lima kapal sehingga menyebabkan kerosakan pada tiang dan sistem komunikasi.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik