AMK Miri sambut baik penurunan harga petrol RON95 menerusi inisiatif BUDI95

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelaksanaan subsidi bersasar menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang diumumkan hari ini.

Ketua AMK Miri, Christopher Jemat Amie berkata, keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter untuk semua warganegara Malaysia jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam melindungi kebajikan rakyat serta mengawal kos sara hidup.

“Keputusan ini memberi kelegaan besar kepada rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung pada kenderaan persendirian untuk ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Christopher turut memuji langkah kerajaan yang memberi kelayakan automatik kepada semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif tanpa mengira pendapatan, kerana ia bersifat inklusif serta mesra rakyat.

Beliau menambah, penetapan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan adalah langkah bijak bagi mengelakkan ketirisan subsidi serta memastikan sumber negara dimanfaatkan dengan lebih cekap.

“Pengecualian yang diberikan kepada pemandu e-hailing membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat, khususnya anak muda yang terlibat dalam sektor gig ekonomi,” ujarnya.

Menurutnya, sebahagian besar pemandu e-hailing terdiri daripada golongan belia yang berusaha mencari rezeki secara berdikari.

Justeru, pengecualian itu bukan sahaja memberi kelegaan kepada mereka, malah menjadi dorongan untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Christopher turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri serta seluruh pasukan Kerajaan Perpaduan atas dasar progresif yang berpaksikan prinsip Malaysia MADANI, sambil menegaskan AMK Miri akan terus menyokong pelaksanaan BUDI95 agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan