Newcastle sekadar seri tanpa jaringan menentang Bournemouth

HASRAT Newcastle United meraih kemenangan sulung di tempat lawan musim ini terus tertangguh apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Bournemouth dalam aksi hambar Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Eddie Howe merekodkan tiga keputusan seri berturut-turut dan kekal di tangga ke-13 liga dengan enam mata, manakala Bournemouth melonjak ke tempat ketiga dengan 10 mata.

Howe melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama bagi memburu kemenangan liga pertama ke atas bekas kelab bimbingannya itu, namun babak pertama berlangsung dalam tempo perlahan dan kurang menarik.

Newcastle berpeluang memecah kebuntuan apabila Nick Woltemade dilihat ditarik jersinya dalam kotak penalti, namun rayuan penalti tidak diendahkan pengadil.

Tuan rumah hampir mencipta kejutan di minit akhir perlawanan apabila sepakan percuma Justin Kluivert nyaris membolosi gawang.

Namun penjaga gol Nick Pope tampil cemerlang menyelamatkan percubaan tersebut bagi memastikan satu mata dibawa pulang.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama