Verstappen cemerlang di GP Azerbaijan

JUARA dunia empat kali, Max Verstappen muncul pemenang untuk pasukan Red Bull di Grand Prix (GP) Azerbaijan selepas pendahulu keseluruhan, Oscar Piastri terbabas di awal pusingan saingan.

Kemenangan itu adalah yang pertama di litar Baku, kedua bagi bulan ini dan keempat untuk tahun ini dan ke-67 dalam kariernya.

Verstappen melintasi garisan penamat dengan kelebihan 14.609 saat (s) di hadapan pemandu Mercedes, George Russell dan 19s daripada Carlos Sainz yang meraih podium pertamanya sejak menyertai Williams dari Ferrari musim ini.

Pemandu muda Mercedes, Kimi Antonelli menamatkan saingan di tempat keempat di hadapan Liam Lawson (Racing Bull) dan Yuki Tsunoda manakala Lando Norris ketujuh.

“Minggu yang menarik,” kata Verstappen. “Bagi kami, untuk menang di sini adalah sesuatu yang menakjubkan.

“Jentera berada dalam keadaan baik, semuanya berjalan lancar.

“Ia agak berangin dan jentera banyak bergerak… namun saya gembira dengan prestasi.”

Related Posts

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar