Tang Jie-Ee Wei naib juara Masters China

IMPIAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar juara Masters China tidak kesampaian apabila tumbang di tangan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukro-Supissara Paewsampran dalam aksi final di Shenzhen, hari ini.

Turun dengan penuh keyakinan selepas dinobatkan juara dunia bulan lalu, pasangan negara bergelut menyaingi tempo pantas dan bertenaga lawan sebelum akur tewas 8-21, 17-21 dalam pertarungan dua set.

Kekalahan itu sekali gus menafikan misi Tang Jie-Ee Wei untuk menjadi wakil negara pertama menang di Masters China sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2005.

Edisi sebelum ini menyaksikan penguasaan penuh tuan rumah.

Pasangan negara di ranking ketiga dunia itu juga terpaksa akur menyaksikan rekod pertemuan mereka dengan pasangan Thailand itu kini dilebarkan kepada 4-1.

Sebagai naib juara, pasangan negara itu tetap membawa pulang ganjaran bernilai AS$43,750 (RM184,056) untuk menutup cabaran mereka di Masters China 2025.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar