United akhirnya menang, tewaskan Chelsea 2-1

MANCHESTER United meredakan tekanan terhadap pengurus mereka, Ruben Amorim dengan kemenangan 2-1 penuh dramatik ke atas Chelsea apabila kedua-dua pasukan menamatkan aksi dengan 10 pemain di Old Trafford.

Berjuang untuk mengelak daripada dipecat selepas permulaan musim yang teruk, Amorim mendapat suntikan semangat apabila penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez dilayangkan kad merah seawal minit kelima perlawanan awal pagi tadi.

Bruno Fernandes pantas meletakkan United di depan dengan gol ke-100 bersama kelab itu dalam semua pertandingan, bertepatan dengan penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ke-200.

Casemiro menggandakan kelebihan United sebelum pemain tengah Brazil itu diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Gol lewat oleh Trevoh Chalobah buat Chelsea mencetuskan detik mendebarkan di hujung perlawanan, namun United bertahan untuk meraih kemenangan kedua mereka dalam enam perlawanan musim ini dalam semua pertandingan.

Related Posts

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat pertama iaitu gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas meraih gangsa dalam acara powerlifting di SEC Armadillo, Glasgow, malam tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran