Fenomena La Nina diramal landa Malaysia

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk 2025/2026 dan berpotensi menjejaskan corak hujan.

Bagaimanapun keadaan dijangka kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu.

Pusat Iklim Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, tinjauan cuaca jangka panjang September 2025 hingga Februari 2026 menunjukkan majoriti model iklim antarabangsa meramalkan keadaan El-Nino Southern Oscillation (ENSO) kini neutral dengan kebarangkalian 56 peratus berterusan sehingga Oktober ini.

“Berdasarkan konsensus beberapa model tinjauan iklim, fenomena global yang mencorakkan cuaca semasa negara seperti ENSO, Madden Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) turut dirujuk.

“Majoriti model iklim antarabangsa menunjukkan keadaan ENSO terkini adalah neutral dengan Indeks Nino Lautan (ONI) terkini di kawasan pemantauan Nino 3.4 bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2025 adalah – 0.1 darjah Celcius,” katanya.

Selepas tempoh itu, katanya, terdapat kemungkinan La Nina berlaku dalam tempoh singkat pada awal tahun depan sebelum pola cuaca kembali stabil.

“Fenomena ini dijangka memberi kesan kepada corak taburan hujan di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Pada masa ini, negara masih berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya yang dijangka berlarutan hingga bulan ini.

“Tiupan angin barat daya menyebabkan kelembapan udara rendah sekali gus mengurangkan pembentukan awan hujan di kebanyakan negeri,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia berkata, sehubungan itu, lebih banyak hari tanpa hujan berbanding hari hujan dijangka berlaku, selain risiko jerebu setempat dan rentas sempadan jika aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

“Walaupun cuaca kering, risiko angin kencang serta ribut petir tetap ada, terutama di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, ribut petir lazimnya berlaku pada awal pagi akibat garis badai iaitu barisan ribut petir yang terbentuk hasil penumpuan angin dan boleh berlarutan beberapa jam.

Mengulas mengenai keadaan cuaca terkini, MetMalaysia memaklumkan, analisis terhadap model ramalan cuaca terkini, angin baratan kencang dijangka bertiup di rantau negara bermula pada 22 hingga 25 September 2025.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang berlaku terutama di utara Sarawak, barat Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa