Spurs, Brighton sama kuat

TOTTENHAM Hotspur bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Brighton & Hove Albion, hasil jaringan sendiri Jan Paul van Hecke pada minit ke-82 di Stadium Amex.

Pertemuan menarik di pesisir pantai selatan England itu menyaksikan Brighton membuka tirai jaringan menerusi penyerang Gambia, Yankuba Minteh, yang menyudahkan hantaran Georginio Rutter sebelum menewaskan penjaga gol Spurs, Guglielmo Vicario.

Yasin Ayari menggandakan kelebihan pada minit ke-31 dengan rembatan kencang yang sepatutnya mampu diselamatkan Vicario.

Namun, Richarlison menghidupkan peluang Spurs dengan menjaringkan gol penting sebelum rehat, sekali gus memberi semangat untuk kebangkitan pada babak kedua.

Tottenham mendominasi perlawanan selepas itu, dengan pemain gantian Xavi Simons mencetus banyak ancaman, sebelum tuah memihak mereka apabila Van Hecke tertampan masuk bola hantaran Mohammed Kudus ke gawang sendiri.

Dengan keputusan itu, Spurs mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan, berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak