PN politik buruk siku: Bila kos PRU pun jadi modal ungkit – Mahfuz

SELURUH negara ternganga apabila rahsia dapur Perikatan Nasional (PN) terbongkar rupanya kos Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pun jadi bahan baling-membaling.

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, bekas orang kanan Muhyiddin, Datuk Dr. Marzuki Mohamad, telah mendedahkan Bersatu bukan sekadar keluar modal untuk calon sendiri, malah turut biayai peralatan kempen dan hulur wang besar kepada Pas. Hasilnya, Pas menuai kemenangan paling manis dalam sejarah mereka: 43 kerusi Parlimen.

Tapi, masalahnya lain pula cerita di sebelah sana. Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebelum ini bersuara lantang bahawa Pas lah yang keluar belanja besar, kononnya Bersatu cuma sediakan calon. Dua versi, dua suara iaitu macam drama berepisod, tapi skripnya penuh dengan “aku bayar, kau tumpang”.

Di sinilah jelas wajah sebenar PN: gabungan rapuh, penuh syak wasangka, dan asyik berlawan siapa lebih banyak berkorban.

Bila menang, bukan bincang hala tuju negara, tapi berebut kerusi, berebut kredit, dan berebut jawatan.

Jelas Mahfuz lagi, kalau kos PRU pun tak mampu sehaluan, apa jaminan bila diberi mandat tadbir negara?

Katanya, rakyat hanya akan jadi mangsa percakaran tanpa noktah. Malaysia bukan diselamatkan, tapi diheret ke jalan buntu perebutan kuasa.

Realitinya, kalau ‘bil kempen’ pun masih jadi isu ungkit-mengungkit, bagaimana nak uruskan belanjawan negara bernilai ratusan bilion?

Kalau sesama sendiri pun tak percaya, bagaimana rakyat nak percaya pada mereka?

PN hari ini ibarat pasangan bercerai tapi masih tidur sebantal iaitu nampak mesra di luar, tapi dalam hati penuh dendam. Politik buruk siku inilah yang akhirnya menelanjangkan rapuhnya gabungan tersebut.

Rakyat wajar berfikir: adakah kita mahu masa depan Malaysia digadai kepada satu pakatan yang lebih sibuk kira resit kempen berbanding merangka dasar untuk rakyat?

Kerana akhirnya, kalau kos pilihan raya pun PN tak sehaluan, bayangkan bila pegang negara , Malaysia bukan akan selamat, tapi Malaysia hancur dalam perebutan kuasa.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan