Pelantikan Pendakwa Raya melalui pilihan raya perkukuh integriti institusi kehakiman

CADANGAN supaya pelantikan Pendakwa Raya dibuat melalui pilihan raya serta dipantau oleh sebuah badan bebas dilihat mampu meningkatkan akauntabiliti dan memastikan institusi itu lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Pengamal undang-undang, Muhammad Zaim Azfar Jalaludin berpandangan bahawa langkah ini penting kerana ia dapat mengelakkan persepsi campur tangan politik selain memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

“Dalam keadaan Kerajaan MADANI ada majoriti dua pertiga, perkara ini sebenarnya boleh dilaksanakan.

“Maknanya biarlah Yang di-Pertuan Agong sahaja yang melantik, dengan pemantauan sebuah badan bebas.

“Kalau dilantik melalui pilihan raya pula, Pendakwa Raya akan lebih bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press.

Beliau turut memberi contoh amalan di Amerika Syarikat (AS) di mana Pendakwa Raya di peringkat daerah dipilih melalui pilihan raya, sekali gus menjadikan mereka lebih berhati-hati dan adil dalam membuat keputusan.

“Saya nampak cara itu lebih baik. Apabila Pendakwa Raya dilantik melalui pilihan raya, mereka tahu kedudukan itu datang daripada mandat rakyat.

“Jadi setiap keputusan pendakwaan mesti dibuat dengan adil dan tidak boleh dipermainkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, usaha untuk mempertimbangkan kaedah pilihan raya dan menubuhkan badan bebas bagi mengawasi institusi pendakwaan mencerminkan keterbukaan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi perundangan.

“Langkah ini bukan saja akan memperkukuh integriti institusi, tetapi juga menjadi bukti kerajaan serius mahu menjadikan sistem pendakwaan kita bebas, telus dan diyakini rakyat,” katanya lagi.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan