Cadangan tubuh Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi disambut baik

SEBERANG PERAI – Kementerian Perpaduan Negara menyambut baik cadangan penubuhan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai manifestasi penghargaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri kelima itu.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, cadangan yang diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu bagi menghargai sumbangan besar Allahyarham Tun Abdullah dalam pembangunan negara.

“Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan tanah bagi tapak pembinaan galeri tersebut di Vision Park, di Bertam. Ini projek baharu, maka akan ambil masa lama sikit.

“Reka bentuk (galeri) perlu disiapkan dahulu sebelum kami memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Jumlah kos belum dimuktamadkan kerana kita belum tahu berapa keluasan galeri yang bakal dibina ini.

“Bagi pihak kementerian, kami akan sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada Arkib Negara Malaysia untuk merealisasikan pembinaan memorial tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengenang Negarawan Tun Abdullah Ahmad Badawi: Bapa Pembangunan Modal Insan di Bertam, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan projek Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu akan dilaksanakan di atas sebidang tanah seluas 0.8 hektar (dua ekar) yang telah dikenal pasti.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia