Carilamat anggota ATM hilang di Semporna mencecah 312 BNp

SEMPORNA –  Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang di perairan Pulau Mataking sejak Jumaat lepas mencecah sehingga 312 batu nautika persegi (BNp).

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali berkata, pada Isnin, pencarian yang diketuai oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu dibahagikan kepada 12 sektor meliputi keluasan 115 BNp.

Beliau berkata, bagi memperluaskan pencarian, Philippine Coast Guard (PCG) turut menjalankan operasi berikutan faktor arus dan angin yang berkemungkinan membawa mangsa ke perairan Filipina.

“Mangsa dikenali sebagai Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27 tahun dari Batalion 5 RAMD masih belum ditemukan setakat pagi ini. 

“Operasi akan diteruskan dengan perluasan radius pencarian dari semasa ke semasa dan berharap agar mangsa dapat ditemui dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin. 

Menurut Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, Maritim Malaysia komited memberi sokongan penuh melalui keupayaan aset laut dan anggota. 

“Antara aset yang digerakkan Maritim Malaysia ialah bot CENDERAWASIH 9, BANGGI 10, BANGGI 9, BANGGI 11, ADAL 18 dan KILAT 52. 

“Operasi turut disertai Tentera  Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2, Pasukan Polis Marin  (PPM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pasukan penyelam TLDM,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar komuniti maritim di sekitar perairan Semporna menyalurkan maklumat sekiranya terlihat tanda-tanda berkaitan dengan menghubungi MRSC Kota Kinabalu di talian 088-387 774 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor