Penyelidik UMS rakam sejarah dengan penemuan baharu mikrofauna laut sempena Hari Malaysia

KOTA KINABALU – Penyelidik dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menemui spesies baharu tardigrad marin di Labuan dan menamakan ia sebagai Batillipes malaysianus, sempena sambutan Hari Malaysia.

Ketua penyelidik, Profesor Madya Dr Chen Cheng Ann berkata, penemuan itu dibuat hasil tinjauan lapangan pada 29 November 2023 dan 16 September 2024, sekali gus mengemas kini rekod tardigrad marin negara buat pertama kali sejak 1967.

“Kami mendedikasikan penemuan serta penamaan Batillipes malaysianus sebagai tanda meraikan 68 tahun Kemerdekaan Malaysia. 

“Walaupun kepadatannya amat rendah, ciri diagnostik yang diperhatikan mengesahkan ia spesies baharu kepada sains,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Penemuan itu diterbitkan dalam Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdompada Jun lalu, menonjolkan kepakaran tempatan dalam taksonomi selain menekankan kepentingan pemuliharaan pantai sebagai habitat mikrofauna bernilai.

Menurut pasukan penyelidik, enam individu genus Batillipes ditemui sepanjang dua lawatan persampelan, termasuk satu spesimen yang dikenal pasti sebagai spesies baharu serta satu rekod baharu bagi negara, Batillipes rotundiculus.

Bahan jenis (type material) kini disimpan di Koleksi Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) sebagai rujukan saintifik kekal.

Pasukan penyelidikan itu diketuai Dr Chen bersama-sama dengan pelajar pascasiswazah UMS, Ng Wei-Ling; seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); serta Prof Dr Tadashi Kajita dari University of the Ryukyus, Jepun.

Dr Chen turut mengesyorkan tinjauan lebih meluas dan penggunaan kaedah molekul moden seperti eDNA bagi mendedahkan kepelbagaian sebenar mikrofauna marin Malaysia.

Related Posts

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa. Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang

AI bantu Selangor kesan pola aduan banjir, sampah haram dan jalan berlubang