Gangguan elektrik: Hajiji arah pemulihan segera, utamakan keselamatan

KOTA KINABALU – Keperluan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik di Pantai Timur negeri ini dilaksanakan segera, namun keselamatan pasukan di lapangan tetap menjadi keutamaan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya faham kerja-kerja ini mencabar dan kritikal.

“Kita mahu ia selesai segera, tetapi keselamatan pasukan diutamakan.

“Pada masa yang sama, Sabah Electricity (SE) perlu terus menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat dan memantau keadaan cuaca,” katanya dalam mesyuarat tergempar di Sri Gaya, pada Ahad.

Mesyuarat itu dipanggil susulan gangguan bekalan elektrik berskala besar yang melanda kawasan pantai timur Sabah pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SE merangkap Komander Krisis, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, gangguan tersebut berpunca daripada kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang, yang menyebabkan runtuhnya menara penghantaran 275kV Kolopis–Segaliud.

“Menara itu runtuh selepas tanah runtuh melanda kawasan terbabit dan ini menyebabkan gangguan menyeluruh kepada talian utama ke kawasan pantai timur Sabah,” katanya.

Pasukan krisis SE kini digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan kerja-kerja penyambungan semula talian.

Sekiranya keadaan cuaca mengizinkan, kerja pemulihan dijangka siap dalam tempoh dua hari.

Turut hadir dalam mesyuarat ialah Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong serta Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Yahya Sulaiman.

Gangguan bekalan elektrik ini telah menjejaskan ribuan pengguna di kawasan Pantai Timur termasuk Lahad Datu, Sandakan dan Tawau, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman