Bekalan elektrik Sandakan pulih – CEO Sabah Electricity

KOTA KINABALU – “Bekalan elektrik yang melanda Sandakan pulih sepenuhnya pada pukul 3.11 petang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity (SE), Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata, kerja-kerja pemulihan dilaksanakan secara berperingkat sejak insiden berlaku pada Sabtu.

Jelasnya, gangguan berpunca daripada tiang menara penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud di Kampung Sarapung yang tergelincir akibat tanah runtuh pada pukul 5.05 petang, Sabtu.

“Kejadian itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa daerah termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.

“Bagi memastikan bekalan ke lokasi penting tidak terjejas Sabah electricity telah menggerakkan 27 set penjana mudah alih (genset) ke kawasan kritikal seperti hospital, balai polis, balai bomba dan klinik kesihatan di Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau,” katanya dalam satu kenyatan media, pada Ahad.

Dalam pada itu, pemasangan menara pengalihan dementara atau ’emergency restoration system’ (ERS) sedang dilaksanakan bagi menggantikan menara kekal yang tumbang.

“Kontena membawa peralatan ERS telah tiba di lokasi pada jam 2 petang, pada Ahad dan kerja-kerja pemasangan kini digerakkan pasukan teknikal Sabah electricity.

“Kami menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di pantai timur Sabah serta memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Kerajaan Negeri Sabah atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan sepanjang insiden tersebut.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan