Cadangan mansuh matrikulasi tidak wajar – AMK

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menyifatkan cadangan memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal ke universiti awam sebagai langkah yang tidak wajar.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sistem sedia ada bagi kemasukan ke universiti perlu dikekalkan kerana masing-masing mempunyai fungsi dan peranan tersendiri.

“STPM ada fungsi tersendiri, begitu juga matrikulasi yang turut memikul tanggungjawabnya.

“Dalam keadaan sekarang, kedua-duanya harus berjalan seiring.

“Kalau ada penambahbaikan yang perlu dibuat, kita (kerajaan) boleh laksanakan, namun pada ketika ini saya tidak fikir program matrikulasi wajar dimansuhkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 di Pusat Beli-belah Mydin Meru Raya, di Ipoh, pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) mencadangkan pemansuhan program matrikulasi dengan menjadikan STPM sebagai piawaian tunggal kemasukan ke universiti awam.

Presiden UMANY, Tang Yi Ze berpendapat silibus STPM lebih baik, mencabar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk dari universiti ternama dunia.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan menegaskan kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan sistem pendidikan negara dan percaya isu tersebut akan dibincangkan secara teliti oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Cadangan itu datang daripada sebahagian pelajar dan pertubuhan mahasiswa.

“Saya fikir tidak ada masalah untuk mana-mana pihak memberikan pandangan. Cuma bagi saya, apa yang ada ini kita perlu teruskan,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai