Program MADANI Rakyat medan penyatuan, bina komuniti bersatu padu

PADANG TERAP – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi, Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan bahawa komitmen kerajaan adalah untuk memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan yang didukung dalam kerangka Malaysia MADANI.

Katanya, Program MADANI Rakyat merupakan program satelit iaitu membawa akses maklumat, penjelasan dasar serta perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada komuniti peneroka dan keluarga Felda.

“Ini merupakan inisiatif yang melambangkan usaha berterusan Kerajaan MADANI mendekati rakyat sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar warga Felda dalam pembangunan negara.

“Komuniti bukan sekadar berkumpul tetapi menjadi benteng keharmonian serta membuktikan bahawa kepelbagaian adalah kekuatan,” katanya dalam Program MADANI Rakyat: Kemasyarakatan di Felda Lubuk Merbau dekat sini hari ini.

Program turun padang yang dilaksanakan oleh JKOM adalah inisiatif strategik untuk memperkukuhkan komunikasi kerajaan dengan lebih telus dan meyakinkan serta menangkis persepsi negatif terhadap perkhidmatan kerajaan.

“Pada masa yang sama JKOM menjadi penggerak kolaborasi bersama Felda dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat khususnya warga peneroka.

“Inilah tambah nilai kepada setiap program turun ke padang dan bukan sekadar sebuah program, tetapi bukti komitmen Kerajaan MADANI yang benar-benar bekerja untuk rakyat,” ujarnya.

Jelasnya lagi perpaduan nasional adalah asas kekuatan Malaysia sejak merdeka.

Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya bukanlah halangan, sebaliknya menjadi kekayaan yàng menyatukan kita di bawah satu bendera.

“Namun perpaduan sahaja tidak cukup dan ia mesti diperkukuhkan dengan adab dan ilmu.

“Tanpa adab, pembangunan hanyalah kota kosong tanpa jiwa. Bagaimanapun dengan penghayatan ilmu dan akhlak yang luhur, kita akan matang sebagai bangsa bermaruah,” katanya.

Dalam program itu beliau juga turut beberapa melakukan Program Ziarah Kasih di Felda itu serta turut menyampaikan sumbangan.

Turut hadir pada program itu, Pengerusi KEDA, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM