Gempa bumi 7.4 skala Richter landa timur Rusia

ISTANBUL – Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter melanda wilayah timur jauh Rusia pada 6.37 pagi waktu tempatan Sabtu (0237GMT), lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat gempa dilapor terletak di luar pesisir Petropavlovsk-Kamchatsky, pusat pentadbiran Wilayah Kamchatka pada kedalaman 39.5 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS memaklumkan gelombang ‘berbahaya’ berkemungkinan berlaku di sepanjang pantai dalam lingkungan 300 kilometer dari pusat gempa.

Petropavlovsk-Kamchatsky menempatkan pangkalan kapal selam Rybachiy milik Tentera Laut Rusia dan pangkalan udara Yelizovo milik tentera udara negara itu.

Setakat ini tiada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan.

Pihak berkuasa Rusia mengeluarkan amaran tsunami di sepanjang pesisir pantai Kamchatka, meletakkan perkhidmatan dalam keadaan berjaga-jaga serta menggesa penduduk menjauhi kawasan yang terdedah kepada ancaman tsunami.

Pada 30 Julai lalu, semenanjung itu mengalami gempa bumi terkuat berukuran 8.8 pada skala Richter, sementara saintis Rusia merekodkan lebih 100 gegaran susulan melebihi 5.0 pada skala Richter selepas gegaran utama.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula