AS-China mulakan siri baharu rundingan tarif

ANKARA – Amerika Syarikat (AS) dan China memulakan pusingan baharu rundingan perdagangan di Madrid pada Ahad, di tengah-tengah desakan Washington supaya sekutu Eropahnya mengenakan tarif terhadap Beijing berhubung pembelian minyak Rusia, lapor Anadolu Ajansi.

Naib Perdana Menteri China, He Lifeng dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent mengetuai delegasi masing-masing dalam rundingan penting itu, dengan gencatan tarif ke atas import China dilanjutkan sehingga November.

Rundingan akan berlangsung selama empat hari sehingga Rabu.

Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares menyambut kedua-dua delegasi di Kementerian Luar, di Madrid, tempat rundingan perdagangan baharu itu diadakan.

“Dasar luar Sepanyol berteraskan dialog dan persetujuan. Berbesar hati atas kepercayaan kedua-dua pihak memilih Madrid,” kata Albares menerusi platform media sosial X.

Rundingan itu adalah kali keempat dalam tempoh empat bulan, bermula beberapa jam selepas kedua-dua delegasi tiba, dalam satu lagi usaha mengelakkan hubungan dagang AS-China yang tegang daripada terus runtuh akibat perang tarif dicetuskan Presiden Donald Trump.

Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, rundingan akan merangkumi ‘isu utama keselamatan negara, ekonomi dan perdagangan yang menjadi kepentingan bersama, termasuk TikTok serta kerjasama memerangi rangkaian pengubahan wang haram yang mengancam kedua-dua negara’.

TikTok berdepan larangan menyeluruh di AS atas alasan keselamatan negara.

Kongres AS meluluskan undang-undang dwipartisan pada 2024 yang mewajibkan ByteDance, syarikat induk China bagi TikTok, melepaskan operasi di AS atau berdepan larangan menyeluruh berhubung kebimbangan keselamatan negara mengenai potensi perkongsian data dengan Beijing.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng