‘Fear factor, trust deficit’ cabaran utama komunikasi politik – KP JKOM

‘FEAR factor’ (faktor ketakutan) dan ‘trust deficit’ (defisit kepercayaan) merupakan dua cabaran utama yang perlu ditangani dalam konteks komunikasi politik negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Beliau berkata, kedua-dua perkara itu wujud hasil kebimbangan rakyat terhadap ketidaktentuan semasa serta hilangnya keyakinan bukan sahaja terhadap kepimpinan, tetapi juga sistem yang sedang berjalan.

“Isu ini bukan perkara baharu. Ia berkait rapat dengan latar pasca normal (post-normal time) yang menjadi asas kepada pembentukan konsep Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dari situ lahirlah enam kerangka Malaysia MADANI yang kini menjadi dasar kerajaan,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau menegaskan, sejak dua tahun lalu, pelaksanaan dasar dan inisiatif di bawah Kerajaan MADANI jelas menunjukkan usaha berterusan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Mengulas lanjut, faktor ketakutan dan defisit kepercayaan ini mula ketara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 apabila berlaku buat pertama kali perubahan kerajaan selepas lebih 60 tahun di bawah Barisan Nasional (BN).

“Dari detik itu, kita memasuki satu fasa yang saya istilahkan sebagai zaman gelap politik negara. Kita berdepan dengan kemelut politik, pertukaran perdana menteri, krisis ekonomi, darurat serta pandemik COVID-19,” katanya.

Tambahnya, keadaan tersebut terus dizahirkan dalam PRU15 apabila tiada parti politik memperoleh majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan, sekali gus menggambarkan keresahan serta ketidakyakinan rakyat.

“Namun, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau terus memperkenalkan gagasan Malaysia MADANI dengan enam kerangka asas yang kini diterjemahkan melalui pelbagai dasar dan inisiatif demi meletakkan kembali negara ke landasan sebenar,” jelasnya.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman