KOTA KINABALU – Saksi keenam prosiding inkues memberitahu Mahkamah Koroner bahawa seorang pelajar senior mendakwa bangun awal untuk mencuci pakaian sebelum menemukan arwah Zara Qairina Mahathir dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.
Pengawal keselamatan, Linah Mansoding@Jaliha, 65, berkata, pelajar tersebut adalah individu pertama yang menjumpai arwah sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.
Menurut Linah, pelajar itu memberitahunya bahawa kira-kira pukul 3 pagi, dia terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh berhampiran asrama ketika sedang bersiap untuk mencuci pakaian.
“Dia cakap mahu bangun awal sebab panjang giliran mencuci kain.
“Masa itulah dia terdengar macam ada benda jatuh dan ternampak Zara, lalu terus memanggil saya,” katanya ketika disoal oleh peguam, Joan Goh yang mewakili seorang daripada remaja didakwa membuli si mati semasa prosiding hari ketujuh inkues, pada Jumaat.
Sementara itu menjawab pertanyaan peguam keluarga bapa arwah, Nurul Rafiqah Afdul Mutolip, Linah menjelaskan bahawa kebiasaannya pelajar asrama hanya mencuci pakaian sekitar pukul 10 malam selepas sesi ‘prep’ (kelas malam).
Katanya, adalah jarang pelajar berjalan di pekarangan asrama pada pukul 2 atau 3 pagi, apatah lagi mencuci pakaian pada waktu tersebut.
“Sepanjang saya bertugas, tidak pernah saya nampak pelajar mencuci pakaian sekitar pukul 2 pagi,” ujarnya.
ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang
KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…
Lebih lanjut




