Kekecohan di Kg Sungai Baru tidak patut berlaku, kata Zahid

PUTRAJAYA – Insiden kekecohan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru dekat ibu negara, tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk terjejas telah lama diberikan notis pengosongan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, yang juga ketua Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), untuk menguruskan masalah berkenaan dengan segera.

“Walaupun kita merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai RUU PSB, kita akan tetap mengambil tindakan segera… selaras dengan peruntukan dalam sistem perundangan sedia ada,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di kampung itu.

Video kekecohan antara pasukan keselamatan serta penduduk turut tular di media sosial.

Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam insiden serangan terhadap Sulizmie Affendy dan menyifatkannya sebagai perbuatan keji.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula