Lelaki tempatan meninggal mengejut di hadapan pasar raya

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia secara mengejut di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Depo, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi, Kuching pada petang 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.34 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki pengsan di lokasi kejadian.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Gita segera ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terlibat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Gita, ASP Syed Zainal Abidin Syed Ali di talian 019-5131156 atau Balai Polis Gita di 082-254417.

Related Posts

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

MUKAH – Taktik dua kru kapal berlagak bersahaja di kaki lima sebuah premis memakan diri apabila mereka ditahan bersama dadah jenis syabu di Jalan Pasar Lama di sini, pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah menyambut baik pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel yang bakal menyaksikan harga diesel bersubsidi diturunkan kepada RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad mulai 1 Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun