Inkues Zara: Dua patung baharu digunakan dalam simulasi jatuhan di lokasi

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, menyaksikan pihak berkepentingan melakukan simulasi jatuhan menggunakan dua patung baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, pada Rabu.

Peguam Datuk Ram Singh dan pasukannya membawa patung bersaiz manusia yang diisi dengan bekas air bagi mendapatkan anggaran berat sekitar 53 kilogram, hampir menyamai berat arwah Zara, bagi tujuan demonstrasi di lokasi kejadian (locus in quo).

Menurut pemerhatian, pasukan forensik turut memanjat palang besi (gril) koridor untuk menguji beberapa kemungkinan arah jatuhan.

Semua pihak guaman yang hadir diberi peluang mengemukakan soalan dan meneliti semula hasil simulasi tersebut.

“Tujuan utama adalah melihat kesan impak ketika mendarat sama ada konsisten dengan kecederaan pada bahagian belakang kepala seperti yang dirakam dalam foto eksibit 1-7,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, hasil simulasi mendapati patung yang digunakan tidak dapat sepenuhnya menyerupai ketumpatan tubuh manusia kerana ia kosong di bahagian dalam, menyebabkan kerosakan teruk pada patung sebaik jatuh ke atas lantai simen.

“Patung ini tidak mewakili sepenuhnya tubuh manusia dari segi ketumpatan tulang dan tisu.

“Tetapi ia membantu memberi gambaran asas mengenai kedudukan jatuhan dan impak di lokasi,” jelasnya.

Simulasi turut dijalankan berhampiran longkang asrama, namun dijelaskan bahawa tubuh arwah tidak mungkin muat di dalam longkang tersebut.

Dalam pada itu, Ram memaklumkan beliau melihat dua buah mesin basuh domestik bersaiz muatan 7.5kg, namun tidak menemui sebarang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan juga tidak melihat adanya telefon awam di dalam.

Prosiding inkues bersambung di Mahkamah Koroner pada jam 3 petang Khamis dengan sesi soal jawab lanjut bersama saksi, termasuk pakar patologi forensik dan pegawai keselamatan sekolah.

Related Posts

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

NILAI – Warga pendidik dan pelajar harus terbuka menjadi golongan yang bersedia menerima perubahan serta memainkan peranan dalam membina masa depan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menegaskan parti itu tidak akan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan akan kekal bersama gabungan berkenaan sehingga tamat tempoh pentadbiran kerajaan perpaduan. Loke dipetik wawancara Channel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah