Kastam P.Pinang gagalkan cubaan seludup 5 kontena skrap kuprum RM5.29 juta

BUTTERWORTH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk lima kontena berisi skrap kuprum bernilai RM5.29 juta yang dipercayai dibawa dari Thailand pada 22 Julai lalu.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Datuk Rohaizad Ali berkata, lima kontena terbabit ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan Unit Operasi di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kontena terbabit mengandungi skrap kuprum dengan anggaran berat melebihi 125 tan.

“Siasatan awal mendapati borang kastam telah diikrarkan sebagai komponen elektronik terpakai namun pemeriksaan lanjut menemukan ‘copper scrap’.

“Berikutan pemeriksaan itu, kita menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 40 hingga 60 tahun yang merupakan pemilik syarikat serta ejen pelabuhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rohaizad berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan dalam mengimport apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan import.

Dalam kes berasingan, Kastam Pulau Pinang berjaya membongkar sebuah rumah teres lama di Padang Serai, Kedah yang dijadikan stor penyimpanan rokok dan minuman keras.

Beliau berkata, serbuan dilakukan pada awal Ogos lalu oleh sepasukan unit operasi dan penguatkuasaan sebelum menemukan 438,824 batang rokok bersama 1,377.60 liter minuman keras pelbagai jenama.

“Kesemua barang rampasan itu bernilai RM168,395 serta melibatkan cukai berjumlah RM366.444.

“Kes kedua disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan menyimpan atau memiliki apa-apa barang tidak berkastam atau larangan import,” tambahnya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16