Polis Sarawak tumpaskan dua sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM1.1 juta

BINTULU – Polis Sarawak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Sibu serta menggagalkan cubaan penyeludupan ke Bintulu dengan jumlah rampasan bernilai lebih RM1.1 juta dalam dua operasi berasingan awal September ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, serbuan pertama dijalankan pada 3 September di sebuah rumah di Jalan Lilin, Sibu yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 100 biji pil dipercayai ekstasi seberat 219.20 gram sebelum menahan seorang wanita berusia 33 tahun di lokasi sama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat susulan, polis menyerbu sebuah rumah di Lorong Ulu Sungai Merah, Sibu dan merampas dadah disyaki MDMA seberat 14.3 kilogram, 126.8 gram Erimin 5, 149.7 gram ketamin serta 2.1 kilogram syabu.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita 27 tahun turut ditahan. Jumlah keseluruhan dadah dirampas dianggarkan bernilai RM479,506.12 yang mampu menampung keperluan 13,674 penagih.

Polis turut menyita pelbagai harta milik suspek bernilai RM387,534.20 termasuk sebuah kereta Lexus RX350, Perodua Axia, wang tunai RM34,796 dan barang kemas bernilai RM268,738.

Siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak pertengahan 2024 dengan modus operandi mendapatkan bekalan dari Miri melalui aplikasi WeChat sebelum dihantar ke Sibu menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Rumah kediaman dijadikan stor simpanan dan pusat pembungkusan semula sebelum diedarkan kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan ‘runner’.

Dalam operasi berasingan pada 2 September lalu, polis mematahkan cubaan menyeludup 17 kilogram syabu bernilai RM663,000 yang disembunyikan dalam kotak produk makanan berlabel ‘Coconut Sugar’ di sebuah premis di Jalan Tanjung Batu, Bintulu.

“Dadah itu dipercayai dihantar dari Semenanjung Malaysia menggunakan kargo udara. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan dalang di sebalik kegiatan ini,” kata Saifullizan.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, bagi tempoh 1 Januari hingga 7 September tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak telah menahan 7,961 individu termasuk 460 pengedar, 1,516 pemilik dadah dan 5,985 penagih dengan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM26.1 juta.

Polis menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan dadah serta menyeru orang awam menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Foto: PDRM Sarawak

Related Posts

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

BAU – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan lima projek pembinaan baharu dan naik taraf Tamu Desa di Parlimen Mas Gading.   Menterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

KUALA TERENGGANU – Keadaan jerebu di Terengganu semakin membimbangkan apabila empat stesen pemantauan udara di negeri itu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. Berdasarkan laporan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia