Pusat latihan JAKOA sedia program TVET untuk Orang Asli

KUANTAN – Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan kira-kira RM30 juta bagi menyiapkan kerja naik taraf Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Paya Bungor di Jalan Kuantan-Maran, dekat sini.

Pusat latihan yang dibuka pada September 1969, ditutup sementara pada 2015 bagi kerja baik pulih dan naik taraf.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pusat latihan itu beroperasi semula pada November tahun lalu dan membuka peluang kepada belia daripada masyarakat Orang Asli mengikuti latihan berasaskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) disediakan di situ.

“Pusat latihan ini sudah menerima pengiktirafan sebagai pusat latihan bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan anak-anak Orang Asli yang mengikuti latihan TVET akan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat itu, hari ini.

Perasmian disempurnakan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pusat latihan JAKOA berkenaan menawarkan kursus jahitan pembuat pakaian wanita dan sudah melahirkan 40 usahawan dalam kalangan Orang Asli yang berjaya memperoleh pendapatan lumayan.

Kursus jangka pendek bagi SKM 2 mengambil masa enam bulan manakala bagi kursus jangka panjang untuk SKM 3 pula mengambil masa 12 bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri KPLB memberitahu, bagi melancarkan operasi pusat latihan itu, Kementerian mendapat kelulusan 20 perjawatan baharu dan mereka akan ditempatkan di pusat berkenaan.

“Usaha ini adalah antara bukti bahawa kerajaan sangat menghargai masyarakat Orang Asli, termasuk lebih 84,000 yang menetap di Pahang.

“Selain pusat latihan di Paya Bungor, banyak lagi projek pembangunan dilaksanakan untuk kemudahan dan keselesaan masyarakat Orang Asli seperti pembukaan 28 tabika baharu, pewartaan 30 kampung Orang Asli dan 258 projek bekalan air terawat.

“Ini semua antara (usaha) dilakukan di seluruh negara selain 812 projek infrastruktur dan ameniti sosial.

“Secara tidak langsung, ia membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan masyarakat Orang Asli mendapat kemudahan setanding dengan kampung tradisional lain,” katanya.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi