Syukur bantuan RM100, sanggup tempuh perjalanan 1 jam ke premis MyKasih

LAHAD DATU – Seorang suri rumah di Kampung Bakapit, Ura Abd Rahman, 40-an, sanggup menempuh perjalanan satu jam ke premis yang menawarkan pembelian barang MyKasih bagi menuntut bantuan ‘one-off’ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100.

Ura berkata, bantuan itu merupakan kali pertama diterima dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan harian keluarga.

“Alhamdulillah, saya dari rumah tadi pukul 7 pagi dan sampai semasa kedai buka. Walaupun perlu ambil masa sejam untuk ke premis terdekat di sini, bantuan ini amat membantu kami.

“Untuk perbelanjaan ini memang akan belanja RM100 itulah membeli barangan dapur dari senarai yang dibolehkan,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press di sebuah premis di sini, pada Khamis.

Bagi Abdul Malik, 55, dia bersyukur kerana mereka pasangan suami isteri mendapat RM200 keseluruhannya dan dapat menampung berbelanjaan pada bulan ini.

“Saya hanya tinggal berdua dengan isteri dan anak pun sudah bersama suaminya jadi RM200 yang kami terima, Alhamdulillah cukup juga sebab saya pun memang sebelum ini penerima SARA juga.

“Syukur sangat terima kasih pada kerajaan dan saya amat berharap juga amaun ini mungkin boleh ditambah lagi kepada rakyat Malaysia yang betul-betul perlu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di pasar raya sekitar bandar Lahad Datu mendapati orang ramai masih memanfaatkan bantuan ‘one-off’ berkenaan walaupun sudah masuk hari kelima dikreditkan ke MyKad.

Bantuan yang diagihkan itu jelas memberi kelegaan kepada penerima khususnya penduduk luar bandar yang berdepan cabaran kos sara hidup.

Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 secara ‘one-off’ kepada setiap warganegara berumur 18 tahun dan ke atas melalui MyKad bawah program SARA.

Anwar menjelaskan, pemberian sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu adalah ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup dan juga sebagai penghargaan kepada rakyat.

Pemberian itu memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan membabitkan peruntukan RM2 bilion yang boleh dibelanjakan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember tahun ini untuk membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai dan pasar raya seluruh negara.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor