Kedah ‘The Greatest Cukai’: Hadiah pahit untuk rakyat

KETIKA rakyat Malaysia sedang meraikan sumbangan bantuan Kerajaan MADANI seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan sebagainya, rakyat Kedah terpaksa menerima hadiah pahit yang terpaksa ditelan mereka.

Pengumuman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai kenaikan tarif air dan semakan cukai tanah sudah pasti memberi masalah kepada penduduk.

Kerajaan Negeri Kedah nampaknya memilih jalan paling mudah untuk menambah kantung iaitu naikkan tarif air bermula 1 Ogos 2025, dan semakan cukai tanah pula sedang menunggu giliran 1 Januari 2026.

Inikah cara pentadbiran hari ini merangka ‘strategi pembangunan’? Dengan memerah poket rakyat sesuka hati?

Rakyat Kedah tidak lupa. Kerajaan Negeri pernah menyebut kenaikan tarif air ‘tidak lebih 5 sen’. Tetapi apabila bil sampai, blok pertama sudah naik 6 sen. Sekecil inikah nilai janji? Kalau angka sekupang pun tak tepat, bagaimana rakyat mahu percaya janji projek berjuta?

Lebih parah lagi paip di rumah masih kerap ‘batuk’. Gangguan bekalan berlaku berulang-ulang, tekanan air lemah, dan bila ditanya, jawapan rasmi hanya ‘tunggu projek loji siap’.

Sementara rakyat menunggu, bil sudah pun naik. Itulah hadiah paling menyakitkan dengan bayar lebih untuk servis yang kurang.

Belum reda isu bil air, rakyat Kedah disambut pula dengan berita semakan cukai tanah.

Ya, kononnya ia prosedur 10 tahun sekali. Tetapi persoalannya adakah kenaikan ini akan ‘dihentam’ sekaligus? Siapa yang akan terkesan iaitu pemilik rumah kos rendah, petani kecil atau peniaga mikro?

Jika cukai tanah dinaikkan tanpa tapisan, rakyat akan menanggung dua kali beban iaitu sewa rumah naik, harga barang naik, kos perniagaan naik.

Semua berpunca daripada satu perkara iaitu Kerajaan Negeri malas mencari sumber pendapatan lain, lalu memilih jalan pintas dengan perah rakyat semudahnya.

Bagi keluarga B40, tambahan beberapa ringgit pada bil air mungkin nampak kecil di atas kertas, tetapi dalam realiti ia merompak sebahagian belanja dapur.

Lebih menyakitkan, ada kawasan yang masih perlu menadah tong air tetapi membayar bil untuk sesuatu yang mereka tidak terima sepenuhnya.

Peniaga kecil pula semakin terhimpit. Kedai makan, dobi, pasar mini semua ini akan memindahkan kos tambahan kepada pelanggan. Akhirnya siapa yang rugi? Rakyat marhaen juga.

Kerajaan Negeri tidak boleh lagi berselindung di sebalik alasan ‘kos operasi naik’ atau ‘semakan berkala’. Rakyat berhak bertanya.

Berapa kali gangguan air berlaku setahun, dan mengapa masih berulang?

Berapa kadar air bocor (NRW) yang belum selesai?

Bilakah projek loji air yang gah disebut akan benar-benar berfungsi?

Adakah cukai tanah akan naik berperingkat, atau dilaksana sekaligus?

Tanpa jawapan yang jelas, setiap kenaikan hanya dilihat sebagai kebodohan pentadbiran, bukan kebijaksanaan pengurusan.

Jika pentadbiran hari ini terus memilih jalan mudah menaikkan caj tanpa memperbaiki mutu perkhidmatan, Kedah tidak lagi dikenang sebagai negeri yang penuh dengan keberkatan.

Sebaliknya, ia akan dicop oleh rakyat sendiri sebagai “The Greatest Cukai” iaitu negeri yang paling cekap memerah rakyat, paling lemah memberi khidmat.

Rakyat tidak mahu hadiah pahit setiap tahun. Rakyat mahu pemimpin yang berfikir panjang, bukan hanya pandai mencari jalan singkat.

Related Posts

Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi