Hubungan Malaysia-China ibarat ‘air yang sentiasa mengalir’

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping menyifatkan hubungan rapat antara China dan Malaysia sebagai ‘erat ibarat air yang sentiasa mengalir’.

Beliau berkata, hubungan China-Malaysia yang terjalin sejak lebih 50 tahun lalu menyaksikan kedua-dua negara bekerjasama menuju pemodenan.

Jinping juga mengakui kehangatan sambutan rakyat Malaysia ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur yang meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

“China dan Malaysia berkongsi persahabatan yang lama terjalin, erat seperti air yang mengalir.

“Sejak hubungan diplomatik terjalin lebih setengah abad lalu, kedua-dua negara sentiasa berdiri teguh bersama menghadapi perubahan landskap antarabangsa.

“(Kedua-dua negara) berjalan seiring menuju pemodenan dan berjaya membuka lembaran baharu hubungan ’emas 50 tahun’ China-Malaysia,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Great Hall of the People di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Jinping menitipkan pesanan kepada Anwar untuk menyampaikan salam hormat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Katanya, ketika lawatan beliau pada April lalu, kedua-dua negara mencapai kesepakatan membina komuniti strategik peringkat tinggi China-Malaysia dan berkongsi masa depan bersama.

“China sedia bekerjasama dengan Malaysia memajukan pembinaan komuniti strategik peringkat tinggi China-Malaysia dengan ‘masa depan bersama’.

“Ini demi memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada keamanan serta pembangunan serantau dan global,” katanya.

Related Posts

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

KUALA LUMPUR – PKR melantik Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden parti yang baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

BATU PAHAT – PKR mengambil keputusan menangguhkan Kongres Tahunan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Jun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang