Polis Sabah tumpaskan sindiket syabu RM1.3 juta, tiga lelaki tempatan ditahan

KOTA KINABALU – Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki tempatan bersama 41.63 kilogram (kg) syabu bernilai lebih RM1.3 juta dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid pada 28 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, dalam serbuan pertama di sebuah stesen minyak Petronas Kampung Kilimu, Jalan Ranau–Poring pada pukul 8.15 pagi.

“Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan bersama sebuah beg bagasi hitam berisi 20 bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 21.3kg.

“Nilai anggaran dadah tersebut bernilai RM681,600,000.

“Suspek pertama berasal dari Miri, Sarawak ditahan reman sehingga 5 September ini,” katanya semasa sidang media di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, pada Selasa.

Sejurus selepas itu, polis meneruskan operasi di daerah Telupid dan berjaya menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Bezza berwarna biru pada pukul 9.20 pagi di pekarangan Masjid Jamek Yusof Al-Qardhawi.

“Pemeriksaan menemukan 20 bungkusan plastik syabu dengan berat kasar 20.33kg bernilai sekitar RM650,560.

“Dalam serbuan itu, dua lelaki berusia 21 dan 24 tahun berjaya ditahan,” katanya.

Jauteh berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit berperanan sebagai penghantar kepada seorang pembekal untuk membawa bekalan dadah dari Kota Kinabalu ke pantai timur Sabah.

“Kesemua suspek juga mengaku terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal Februari dan April lalu.

“Dua suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala seorang lagi tiada rekod,” ujarnya.

Dalam operasi itu, polis turut menyita sebuah kereta Toyota Vios, sebuah Honda City dan sebuah motosikal Yamaha Ego dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM62,000.

“Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

“Kami tidak berkompromi dalam usaha memerangi pengedaran dadah.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara dan usaha membanterasnya hanya akan berjaya dengan kerjasama masyarakat.

“Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui talian hotline JSJN di 012-208 7222,” jelasnya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan