Wanita ceroboh pentas Sultan Perak direman tiga hari

IPOH – Seorang wanita yang bertindak berani menaiki pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025, pada Ahad, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, bermula hari ini hingga Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penahanan itu dibuat untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

“Reman ini perlu bagi membolehkan polis mengumpul keterangan lanjut berhubung tindakan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, suspek tiba di IPD Ipoh menaiki kereta polis sekitar jam 10.15 pagi dengan berpakaian serba hitam dan dibawa keluar sejam kemudian selepas prosiding selesai.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi semalam, ketika lagu Kebesaran Negeri Perak sedang berkumandang, suspek dilaporkan naik ke pentas melalui bahagian tepi sebelum berjaya dihalang anggota keselamatan yang bertugas.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin sebelum ini mengesahkan wanita itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain pernah menerima rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif.

Related Posts

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

SARATOK – Tradisi ‘ngabang’ atau amalan kunjung-mengunjungi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus kekal relevan dan menjadi elemen penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta perpaduan. Selain sambutan Aidilfitri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

SIBU – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi kerjasama yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan tinggi, kesihatan serta modal insan bagi menyokong keperluan pembangunan negeri pada masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

190 peserta SAB seluruh Sabah tamatkan ekspedisi Wilderness Leadership

190 peserta SAB seluruh Sabah tamatkan ekspedisi Wilderness Leadership

Malaysia teliti peluru berpandu dari enam negara, tuntutan RM1 bilion terhadap syarikat Norway diteruskan

Malaysia teliti peluru berpandu dari enam negara, tuntutan RM1 bilion terhadap syarikat Norway diteruskan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan