Wanita ceroboh pentas Sultan Perak direman tiga hari

IPOH – Seorang wanita yang bertindak berani menaiki pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025, pada Ahad, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, bermula hari ini hingga Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penahanan itu dibuat untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

“Reman ini perlu bagi membolehkan polis mengumpul keterangan lanjut berhubung tindakan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, suspek tiba di IPD Ipoh menaiki kereta polis sekitar jam 10.15 pagi dengan berpakaian serba hitam dan dibawa keluar sejam kemudian selepas prosiding selesai.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi semalam, ketika lagu Kebesaran Negeri Perak sedang berkumandang, suspek dilaporkan naik ke pentas melalui bahagian tepi sebelum berjaya dihalang anggota keselamatan yang bertugas.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin sebelum ini mengesahkan wanita itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah selain pernah menerima rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX