Kerani akaun rugi hampir RM300,000 mangsa kerja tak wujud

KUANTAN – Seorang kerani akaun kerugian hampir RM300,000 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud melalui aplikasi TikTok bulan lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, wanita berusia 52 tahun itu berkenalan dengan seorang individu menerusi aplikasi itu pada 1 Ogos, sebelum ditawarkan peluang pekerjaan sambilan melalui pautan menyerupai platform e-dagang.

“Mangsa menerima pautan laman web daripada suspek dan membuat pendaftaran pada laman tersebut.

“Wanita terbabit diarah membuat pembayaran terlebih dahulu atas nama tempahan pelanggan kononnya bagi urusan jualan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa membuat 16 transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza berjumlah RM299,646 menggunakan wang simpanannya sendiri, namun tidak menerima sebarang pulangan dijanjikan.

Dalam pada itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan serta membuat semakan awal di portal rasmi https://semakmule.rmp.gov.my bagi mengenal pasti akaun bank yang mempunyai rekod penipuan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan