Jinping rakam tahniah kepada Anwar, rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan

TIANJIN – Presiden China, Xi Jinping, menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan semalam.

Berucap pada Majlis Makan Malam Gala Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Pusat Konvensyen Tianjin Meijiang, Jinping turut mengucapkan tahniah kepada Kazakhstan sempena sambutan Hari Kemerdekaannya.

“Hari ini (semalam) menandakan perhimpunan pemimpin-pemimpin negara anggota SCO bersama rakan-rakan lama dan baharu.

“Ia juga bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Kyrgyzstan dan Hari Kebangsaan Malaysia.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada Presiden Sadyr Japarov, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan rakyat Kyrgyzstan serta Malaysia,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi tetamu kehormat pada majlis makan malam berkenaan.

Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin dunia yang lain termasuk Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri India, Narendra Modi; dan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Majlis makan malam itu adalah acara pembukaan Sidang Kemuncak SCO 2025 selama dua hari, yang merupakan sidang terbesar sejak penubuhannya.

Hari ini, Anwar dijadual menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak itu. Beliau dijangka mengetengahkan idea untuk membentuk kerjasama serantau yang lebih baik, dengan ASEAN sebagai teras utama.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan