Kerajaan Sabah fokus TVET, bina kampus ABM RM130.6 juta di Beringgis

PAPAR – Kerajaan Sabah fokus pembangunan TVET dan meletakkan komitmen menerusi pelancaran Projek Pembinaan Kampus Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah bernilai RM130.6 juta di Beringgis, pada Sabtu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kampus baharu di kawasan seluas 34 ekar itu bakal menjadi pemacu utama melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor pembinaan.

Jelasnya, kemudahan berteknologi tinggi di kampus baharu itu mampu menampung 700 pelatih pada satu masa, meningkatkan kapasiti latihan belia 73 peratus serta menambah personel binaan 39 peratus berbanding kampus sementara ABM di Kayu Madang, Kota Kinabalu.

“Hari ini kita membuka lembaran baharu untuk Sabah. Kampus ini akan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, menggilap bakat anak muda, meningkatkan daya saing mereka di pasaran pekerjaan, selain menjadi hab TVET Pembinaan Malaysia Timur,” katanya.

Beliau berkata pada majlis pecah tanah projek berkenaan di tapak projek kampus ABM, Beringgis pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, projek ini seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan pembangunan infrastruktur serta modal insan sebagai tonggak pertumbuhan ekonomi negeri.

“Penubuhan Majlis TVET Negeri Sabah (MTS) pada Mei lalu menjadi bukti komitmen kerajaan negeri dalam menyelaras lebih 160 institusi latihan TVET di Sabah agar seiring dengan keperluan industri semasa.

“ABM Sabah dan CIDB Tech sudah berjaya melatih lebih 7,000 pelatih sejak penubuhannya, dengan kadar kebolehpasaran graduan mencecah 85 peratus,” ujarnya.

Katanya lagi, bidang yang mendapat permintaan tinggi termasuk ‘scaffold erection’, kimpalan, pemasangan paip gas, operasi jentera, elektrik, penyaman udara dan perpaipan, yang diperlukan bukan sahaja dalam pembinaan malah juga sektor minyak dan gas antarabangsa.

“Kampus moden yang dilengkapi teknologi terkini seperti penggunaan dron, simulasi dan peralatan digital, Sabah akan melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk memenuhi permintaan pasaran global.

“Saya yakin kampus ini bukan sahaja merancakkan ekonomi Papar, khususnya Kampung Beringgis, malah memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab TVET berdaya saing,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Hajiji berharap kampus berkenaan mampu melahirkan ikon TVET baharu seperti Rudy Mohammad yang pernah diiktiraf di peringkat dunia.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM