Tiada isu bekalan telur lepas subsidi tamat

KUANTAN – Pasaran telur kekal stabil tanpa gangguan bekalan walaupun kerajaan menamatkan subsidi sepenuhnya bermula 1 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pemantauan harian mendapati bekalan telur mencukupi di pasaran, manakala harga runcit masih terkawal di bawah mekanisme harga siling.

Menurutnya, sehingga kini kementerian tidak menerima sebarang aduan kekurangan bekalan dan sebarang kenaikan harga juga dilihat tidak signifikan.

“Setakat ini kita tidak ada (terima) aduan berkenaan kekurangan telur, tidak ada aduan lagi, kita memantau setiap hari sejak 1 Ogos selepas subsidi telur itu ditamatkan.

“Kita juga ada lagi harga siling untuk telur, setakat ini kita tidak lihat ada masalah bekalan.

“Kenaikan harga pun kita pantau, kalau ada pun masalah bekalan, mungkin bersifat setempat, tetapi kalau ada (masalah) sila laporkan segera kepada KPDN,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Komuniti Madani Parlimen Kuantan, di sini hari ini.

Penamatan subsidi telur diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) setelah mengambil kira kestabilan kos pengeluaran serta jaminan bekalan oleh industri.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, KPDN turut membuat persiapan menghadapi pelaksanaan penebusan Subsidi Asas Rakyat Malaysia (Sara) Rahmah yang bakal memanfaatkan 22 juta penerima bermula esok.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah