Dakwaan penguat kuasa MPAJ terima ‘duit kopi’ tidak berasas

TOHMAHAN dilemparkan terhadap penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu video tular di media sosial baru-baru ini membabitkan peniaga di Gerai Built, Operate and Transfer (BOT) Taman Lembah Maju A, di Ampang Jaya adalah tidak berasas.

MPAJ menerusi kenyataan menegaskan tiada sebarang salah guna kuasa berlaku memandangkan pemantauan dilaksanakan ke atas semua peniaga.

Menjelaskan kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, MPAJ berkata, ia berpunca daripada provokasi yang dilakukan beberapa anak-anak peniaga gerai terbabit ketika penguat kuasa membuat semakan dan pemantauan di tapak gerai selepas MPAJ melaksanakan program gotong-royong sehari sebelumnya.

“Semasa semakan tersebut dijalankan, kakitangan MPAJ telah dimaki hamun dan dihalang untuk membuat pemeriksaan ditapak.

“Tindakan kompaun telah dikenakan kepada peniaga atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen, selain peniaga berlesen turut dikompaun kerana menggajikan pekerja asing.

“Susulan provokasi itu MPAJ telah membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada jam 11.31 malam hari sama,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tular satu video di media sosial sejak Jumaat lalu membabitkan seorang peniaga mendakwa penguatkuasa MPAJ melakukan operasi penguatkuasaan ‘berat sebelah’ di beberapa premis makanan di kawasan tadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Peniaga wanita terbabit turut mendakwa berlaku amalan rasuah apabila individu dipanggil ‘Hisham’ menghubunginya meminta ‘duit kopi’ pada waktu malam.

Wanita itu turut mendakwa terdapat peniaga lain yang beroperasi menggunakan lesen pihak ketiga namun tidak diambil tindakan.

Video berdurasi dua minit 20 saat itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet yang tampil memberikan maklum balas berhubung dakwaan terbabit.

Menerusi ciapan di aplikasi X hari ini, Altimet berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) negeri di mana beliau berada di dalam jawatankuasa itu.

“Operasi penguat kuasa mengeluarkan kompaun terhadap peniaga yang menggajikan warga asing dan semakan dakwaan yang mengatakan pemiliknya bukan warganegara juga tidak benar.

“Betul, kalau ada salah guna kuasa atau rasuah, tindakan kena diambil.

“Apa jadi sekalipun, jangan kasar mengasari. Ada dakwaan penguat kuasa disentuh dalam insiden ni. Ini perlu dibuktikan,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad ketika dihubungi berkata, pengadu diminta melampirkan bukti jika wujud amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa seperti didakwa.

Malah katanya, operasi yang dijalankan juga adalah berdasarkan aduan dan mengikut peruntukan undang-undang PBT membabitkan pelanggaran syarat lesen.

“Kalau ada tohmahan kata pegawai saya terima rasuah, itu perlu dibuktikan. Orang boleh bercakap, tapi kenalah dengan bukti, jika tiada bukti bagaimana tindakan mahu diambil?

“Penguatkuasaan dijalankan mengikut peruntukan sedia ada meliputi pelanggaran syarat lesen termasuk tambahan struktur tanpa kebenaran serta menggajikan pekerja asing,” katanya.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan