PM luncur Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 esok

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual meluncurkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) pada Isnin (esok) jam 3 petang di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Menerusi hantaran Facebook, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelan tersebut adalah komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat darjat dan martabat Bumiputera sesuai dengan hasrat Ekonomi Madani untuk memastikan kehidupan rakyat bertambah baik.

“Semoga dengan pelan ini dapat memacu masyarakat Bumiputera menjadi pencipta nilai, bersedia dengan peluang dan cabaran ekonomi masa hadapan serta Kerajaan yang dapat segera mengambil langkah pemantauan dan intervensi untuk memastikan sasaran-sasaran yang ditetapkan dapat dicapai,” katanya.

Beliau turut menjemput semua untuk mengikuti siaran peluncuran itu secara langsung di semua platform media sosialnya untuk mendengar lanjut butiran yang akan disampaikan.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan