Tolong hormati suami, raja saya – Tunku Azizah

TINDAKAN melampau seorang individu menyentuh berkaitan isu agama, bangsa dan raja (3R) menerima teguran daripada
Tengku Ampuan Pahang,  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Baginda menitahkan seorang pengguna media sosial agar menghormati Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Teguran itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun bernama ’samdoria’ yang memberi komen ”Respect lagi Tan Sri Muhyiddin” semalam.

”Tolong respek (respect) suami saya, raja saya,” titah Tengku Ampuan Pahang ketika membalas komen berkenaan.

Manakala seorang pengguna sosial Huzaimi Ibrahim turut membalas hantaran itu kepada baginda.

”Menjunjung titah Tuanku, Daulat Tuanku,” kata Huzaimi di aplikasi Facebook.

Komen itu dilihat menerusi hantaran Facebook Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail yang sebelum itu menzahirkan kecewa dan terkilan dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Neggiri, baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen yang sama, rata-rata netizen mengharapkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu kerana cuba memainkan sentimen berkaitan 3R.

“Sokong Tok Wan (Menteri Besar Pahang). Harap pihak istana buat laporan polis.. tangkap juak-juak yang terus mempertikai dan menghina istana,” kata Zainuddin Izharulhaq

‘Kenyataan yang 100 peratus disokong. Suka hati beliau (Muhyiddin) je nak bercakap begitu. Dengan mimik muka lagi. Apa lah. Kami rakyat Pahang akan terus #pertahanpahang,” kata Akmalia Allen di Facebook.

Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan Ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, sokongan yang peroleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

Ceramah oleh Presiden Bersatu itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen politik.

Susulan itu pada Menteri Besar Pahang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Muhyiddin yang didakwa biadab ke atas Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan