Perarakan perahu tradisional bangkit semangat cintakan tanah air

KANGAR – Perarakan perahu tradisional yang dihiasi Jalur Gemilang di Kampung Seberang Alor di Kuala Perlis dekat sini semalam membangkitkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan penduduk setempat.

Wakil penduduk kampung, Norzaharan Nyan, 45, berkata, penglibatan pelbagai peringkat umur menjadikan acara itu lebih bermakna menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

“Alhamdulillah, semua berlangsung dengan begitu lancar. Kami turut serta menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dengan perasaan berkobar-kobar.

“Program ini juga merancakkan persiapan menjelang Pesta Air Kuala Perlis pada September depan, iaitu acara sukan rakyat yang kini menjadi salah satu identiti pelancongan negeri Perlis,” katanya.

Tambahnya, usaha sebegini wajar diteruskan kerana mampu menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan semua generasi.

Lewat petang semalam, lebih 10 perahu tradisional menyertai perarakan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di laluan perlumbaan sepanjang Sungai Perlis.

Perarakan itu turut mencuri tumpuan penyokong pasukan perahu tradisional dari beberapa buah kampung sekitar Kuala Perlis yang akan berentap pada pertengahan September depan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Aidatul Shima Che Hassan berkata program itu menerima sambutan meriah daripada penduduk dan golongan muda.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada komuniti Madani kerana berjaya melaksanakan program sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan penuh semangat patriotisme.

“Sambutannya sangat meriah apabila seluruh masyarakat kampung turut serta, termasuk dalam perarakan Jalur Gemilang dan kayuhan perahu,” ujarnya.

Program berkenaan turut disertai pemimpin tempatan serta wakil agensi kerajaan dengan penglibatan generasi muda yang bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kebanggaan terhadap negara.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar