Polis temukan dadah RM1.4 juta, lelaki 22 tahun ditahan di Kuching

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat di Tabuan Desa pada 22 Ogos lalu selepas polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM1.4 juta.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak dalam kenyataan memaklumkan, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak pada jam 11.30 malam hasil risikan pihak berkuasa.

Antara yang dirampas ialah dadah disyaki jenis MDMA seberat 74.3 kilogram, ketamin 20.83 gram dan erimin 5 seberat 11.04 gram, yang mampu menjejaskan hampir 248,000 orang pengguna.

Siasatan awal mendapati suspek baru aktif dalam sindiket itu sejak awal Ogos lalu dan ditugaskan menjaga bekalan dadah di rumah sewa terbabit sebelum dibungkus untuk diedarkan kepada pelanggan sekitar Kuching. 

Difahamkan, suspek menerima bekalan serta wang perbelanjaan sebanyak RM1,000 daripada ahli sindiket lain.

Ujian air kencing terhadap suspek bagaimanapun didapati negatif dan dia juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 30 Ogos bagi membantu siasatan, manakala polis sedang giat memburu saki-baki ahli sindiket yang masih bebas.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222,” kata beliau.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM