Tender baharu lebih telus pastikan kemajuan projek Pan Borneo di Sabah – PM

KERAJAAN memberi jaminan bahawa pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah akan dipercepat dan dilaksanakan dengan lebih lancar melalui pendekatan baharu yang menekankan ketelusan dalam proses tender.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah mengambil tindakan lebih tegas dan berani dengan menamatkan kontrak beberapa syarikat yang gagal menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan, termasuk syarikat yang sebelum ini diberi penyambungan kontrak sebanyak dua atau tiga kali.

“Ada yang disambung kontrak, ada dua kali, ada yang tiga kali. Saya sudah tamatkan supaya kita boleh kontrak semula dan insya-Allah berjaya untuk melihat dan menyaksikan perkembangan projek Pan Borneo lebih cepat. Saya yakin dengan cara tender lebih telus ini, projek ini boleh berjalan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN–Beluran) dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri turut mengakui bahawa terdapat kelewatan ketara dalam pelaksanaan projek tersebut di Sabah, berbanding Sarawak yang telah mencapai tahap siap sebanyak 98 peratus.

“Saya terima teguran (kelewatan di Sabah). Tidak ada sebab projek sama, boleh siap 98 peratus di Sarawak dan kegagalannya banyak di Sabah. Sebab itu pendekatan harus lebih tegas berani dan telus,” katanya

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa antara faktor kelewatan ialah syarat tambahan yang dikenakan oleh kerajaan negeri, termasuk keperluan agar pelaksanaan projek hanya melibatkan syarikat tempatan.

“Saya kata mana-mana syarikat boleh buat termasuk syarikat besar dengan syarat mesti ada pengagihan projek kecil ke syarikat negeri. (kelewatan di) Sabah, kita warisi (sistem tender), ini bukan baru.

“Sejak tujuh, lapan tahu lalu, bila projek diluluskan, negeri perketatkan syarat. Mesti melibatkan syarikat negeri dan kemudian pelaksanaannya sangat lemah dan banyak terpaksa dibatalkan,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan