Siaran langsung kes profil tinggi SPRM, Azalina akan bincang bersama Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA – Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar perbicaraan kes berprofil tinggi disiarkan secara langsung perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebelum dilaksana di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, pihaknya perlu menyemak peruntukan undang-undang walaupun cadangan itu mempunyai keperluan mendesak.

Azalina berkata, walaupun pendekatan penstriman langsung tidak diamalkan ketika ini, namun prosiding mahkamah dilakukan secara rakaman audio.

“Saya tak pasti jika ada peruntukan yang membolehkan cadangan itu dilaksanakan, jadi akan bincang dengan Ketua Hakim Negara. Saya tak pasti peraturan undang-undang, tapi kena minta kebenaran mahkamahlah kan? Untuk siarkan secara langsung perbicaraan, saya tak pasti, saya kena rujuk, tetapi selalunya rakamanlah.

“Kalau rakaman yang sekarang bagi kebanyakan kes, ia adalah rakaman suara, semua memang ada. Bagaimanapun perkara ini (syor SPRM), saya kena rujuk dahulu, tapi saya rasa kita kena bincangkan kalau betul serius, kena bincang dengan Ketua Hakim Negara.

“Biasanya kita buat rakaman (suara). Kebanyakan kes (berprofil tinggi mengenai kes rasuah) kita ada rakaman audio,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di Marina Putrajaya, pada Rabu.

Khamis lalu, media melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mencadangkan supaya prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap proses kehakiman.

Katanya, cadangan terbabit akan membenarkan penstriman langsung perbicaraan kes rasuah supaya orang ramai dapat mengikuti prosiding secara telus, sekali gus ia menunjukkan ketelusan kerajaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Kementerian Undang-Undang, Azalina berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih dengan pertimbangan Kerajaan untuk menubuhkan Kementerian Undang-Undang, khusus bagi memastikan ekosistem perundangan negara lebih tersusun dan bersepadu.

“Itu keputusan PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya ucap terima kasih, tapi dia kata dia nak menilaikan? Jadi biarlah Perdana Menteri buat keputusan dia,” katanya.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei