Markas 9 Briged nafi terlibat dengan surat permohonan Jamuan Hari Kebangsaan

SIBU – Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan surat permohonan peruntukan kewangan bagi Program Jamuan Makan Sempena Hari Kemerdekaan 2025 yang dikatakan akan berlangsung di Dewan Suarah Sarikei.

Penafian itu dibuat selepas pihak 9 Bgd menerima empat laporan berhubung kewujudan surat berkenaan yang didapati menggunakan nama serta pasukan tertentu tanpa kebenaran.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak 9 Bgd memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab mengeluarkan surat palsu tersebut.

Justeru, Panglima 9 Bgd menyeru mana-mana pihak yang menerima surat berkenaan agar segera menghubungi Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia untuk mendapatkan pengesahan selain membuat laporan polis dengan segera.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah tersebut penting bagi mengelakkan masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan (scam) yang semakin berleluasa serta menghindarkan tercemarnya nama baik Tentera Darat Malaysia dan agensi-agensi awam lain.

Markas 9 Bgd turut menegaskan komitmen pihaknya untuk memastikan keselamatan, integriti serta imej pertahanan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang penyalahgunaan nama tentera demi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Related Posts

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

KUANTAN – Seramai 300 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap Murni menyertai Program STEM Camp MOSTI 2026 selama dua hari di sekolah berkenaan, baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan