Wolves tambah tekanan West Ham

PEMAIN yang menjadi sasaran Newcastle, Jorgen Strand Larsen menjaringkan gol untuk membantu Wolves menewaskan West Ham 3-2 dalam saingan Piala Liga, awal pagi tadi.

Manakala Leeds dan Sunderland – dari Liga Perdana Inggeris (EPL) – tersingkir selepas tewas menerusi sepakan penalti kepada pasukan dari liga bawahan.

Wolves dilaporkan sudah menolak bidaan bernilai £50 juta (RM284.1 juta) dari Magpies untuk mendapatkan Larsen, yang mungkin menjadi pengganti kepada Alexander Isak.

Pemain Norway itu hanya dimasukkan 17 minit sebelum tamat perlawanan selepas Vitor Pereira membuat lapan pertukaran susulan kekalahan dalam dua perlawanan pembukaan EPL.

Larsen menghasilkan dua penyudah tajam dalam tempoh tiga minit untuk mengubah keputusan di Molineux, sekali gus menambah tekanan terhadap pengurus West Ham, Graham Potter.

Tomas Soucek dan Lucas Paqueta sebelum itu memberikan kelebihan kepada Hammers selepas Rodrigo Gomes membuka jaringan untuk Wolves.

West Ham, yang sudah melepaskan lapan gol dalam dua kekalahan awal EPL, masih belum meraih kemenangan musim ini.

Leeds pula sudah membelanjakan hampir £100 juta (RM568.3 juta) untuk pemain baharu selepas kembali ke EPL, manakala penyokong Sheffield Wednesday bimbang dengan situasi kelab kerana gaji pemain dan kakitangan sering dibayar lewat.

Penyokong tuan rumah turut digesa supaya tidak hadir sebagai tanda protes terhadap pemilik kelab, Dejphon Chansiri.

Namun, Sheffield Wednesday yang meraikan kemenangan di Hillsborough selepas Leeds gagal menyempurnakan ketiga-tiga sepakan penalti mereka selepas terikat 1-1.

Sunderland turut dimalukan pasukan Liga Satu, Huddersfield, menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1.

Brentford pula memenangi pertemuan sesama pasukan EPL dengan menewaskan Bournemouth 2-0 hasil jaringan Fabio Carvalho dan Igor Thiago.

Burnley memerlukan jaringan masa kecederaan oleh Oliver Sonne untuk menewaskan Derby dari divisyen dua dengan keputusan 2-1.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai