Kerajaan Sabah naikkan elaun imam dan guru KAFA, peruntukan RM15 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan hampir RM15 juta bagi menaikkan elaun Imam dan Guru Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) di seluruh negeri Sabah sebagai penghargaan terhadap sumbangan golongan agamawan dalam pembangunan ummah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seramai 33 Imam Daerah menerima kenaikan elaun sebanyak RM1,000 sebulan bermula tahun ini.

“Sebagai insentif tambahan kepada golongan agamawan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), menambah elaun Imam Daerah sebanyak RM1,000 sebulan.

“Seramai 33 Imam Daerah akan mendapat manfaat daripada penambahan ini,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan Konvensyen Du’at di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.

Jelasnya lagi, elaun bulanan 2480 Guru KAFA dan 1643 Imam Rawatib turut dinaikkan masing-masing sebanyak RM200.

“Seramai 394 Guru Takmir menerima elaun khas secara ‘one-off’ sebanyak RM500 seorang.

Menurut Hajiji, langkah itu membuktikan komitmen kerajaan untuk terus meningkatkan kesejahteraan golongan agamawan di Sabah.

“Mudah-mudahan pada masa depan, apabila ekonomi Sabah terus berkembang pesat dan kedudukan kewangan negeri semakin kukuh, elaun anda semua akan terus dapat ditambah dari semasa ke semasa, insya-Allah,” ujarnya.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan