Hajiji kecewa gejala buli menular ke sekolah agama

KOTA KINABALU – Gejala buli yang kini menular hingga ke sekolah agama menimbulkan rasa kecewa dan kebimbangan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang beranggapan keadaan itu tidak wajar berlaku dalam sekolah agama.

“Sekolah agama sepatutnya melambangkan kesucian Islam, namun masih wujud gejala buli dalam kalangan murid.

“Apa yang lebih mengecewakan ialah budaya buli dalam kalangan murid turut berlaku di sekolah agama! Maka masyarakat mula bertanya, malah saya sendiri pun ingin tahu, apa sebenarnya yang telah berlaku.

“Mengapa boleh wujud budaya buli dalam sebuah institusi yang berlambangkan kesucian agama Islam? Di manakah salah dan silapnya?” soalnya.

Beliau berkata ketika merasmikan Konvensyen Du’at di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Selasa.

Jelasnya lagi, konvensyen berkaitan hal ehwal agama Islam wajar dijadikan wadah terbaik untuk bermuhasabah, menilai kelemahan yang ada.

Selain itu, Hajiji menyeru semua sekolah mahupun organisasi memperbaiki kekurangan sama ada milik kerajaan atau persendirian agar budaya buli dapat dibendung dengan berkesan.

Related Posts

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan pempengaruh media sosial, Datuk Eric See-To yang didakwa mempersendakan petikan ayat al-Quran ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

TAWAU – Pertambahan peruntukan pembangunan untuk Sabah menerusi Belanjawan 2027 disambut baik dengan harapan komitmen kerajaan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat