ADUN Petagas yakin sokongan rakyat kukuh, tak gentar kerusi dituntut parti lain

PUTATAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari menyuarakan keyakinan penuh terhadap sokongan rakyat di kawasannya menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), meskipun terdapat desas-desus bahawa kerusi itu turut menjadi sasaran parti lain termasuk PKR.

Menurutnya, minat yang ditunjukkan oleh PKR terhadap kerusi Petagas bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah dianggap sebagai lumrah dalam dunia politik. 

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak menggugat tumpuan dan kepercayaannya terhadap mandat rakyat.

“Saya sudah dengar desas-desus ini. Sejak kebelakangan ini, memang kelihatan ada gerakan-gerakan yang menunjukkan minat tinggi terhadap Petagas. 

“Tetapi ini tidak sedikit pun mengganggu saya, kerana yang lebih penting ialah rakyat, bukan pemimpin,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, pada Selasa.

Beliau berkata prinsip demokrasi memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang mereka yakini dan percaya rakyat di Petagas masih bersama beliau serta Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya yakin rakyat masih bersama saya dan parti yang saya wakili. 

“Soal siapa bertanding sama ada GRS, Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana parti itu bukan persoalan utama. 

“Yang penting, GRS mesti terus bertanding dan membuktikan khidmatnya kepada rakyat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, fokus utamanya adalah untuk terus memperkukuh kebajikan rakyat melalui penyelesaian isu-isu setempat termasuk pendidikan, kebajikan sosial dan peluang pekerjaan.

Beliau turut berkongsi bahawa sebanyak 85 inisiatif di bawah program Sabah Maju Jaya (SMJ) telah berjaya dibawa masuk ke kawasan Petagas, satu angka yang jauh mengatasi purata kawasan lain.

“Kalau kawasan lain ada 40 SMJ, kita di Petagas sudah ada 85. 

“Baru-baru ini, kita tambah lagi 10 peluang pekerjaan khas untuk anak Petagas. 

“Ini bukti kerja keras dan keprihatinan kerajaan hari ini terhadap rakyat,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pendekatan politiknya bukan untuk bersaing secara negatif, sebaliknya terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Kita tidak bersaing dengan mana-mana pihak, tidak memburukkan sesiapa. 

“Fokus kita adalah untuk pastikan rakyat terurus, anak-anak ke sekolah, kebajikan dijaga dan masalah rakyat diselesaikan,” katanya.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas