Bom UXO 226kg di Segama dimusnah

LAHAD DATU – Sebuah bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb seberat 226 kilogram dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan di tebing Sungai Segama, Kampung Batu 8, di sini, pada Selasa. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, operasi pemusnahan bom itu dilakukan pukul 11.33 pagi menggunakan kaedah ‘Low Order’ dengan bantuan sistem elektrik dan bahan letupan khas. 

“Empat pegawai dan 17 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, UPB IPD Lahad Datu serta UPB IPD lain-lain daerah telah melaksanakan operasi terbabit. 

“Operasi tersebut berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa. 

Terdahulu, media melaporkan sebutir bom masih aktif ditemui seorang lelaki semasa sedang menjala ikan di kawasan Sungai Segama sebelum bertindak melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa. 

Bom itu berukuran 30 sentimeter panjang dengan ukur lilit 40 sentimeter serta dianggarkan seberat 500 lbs atau 226kg.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow